Monday, June 18, 2012

CINTA kepada RASULULLAH

“Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”
(Bukhari & Muslim)

   “Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.”
(Bukhari & Muslim)

    Dalam suatu riwayat ditambah pula hadis di atas dengan perkataan “dan dari dirinya sendiri.”

     Keterbalikan daripada hadis-hadis yang disebutkan tadi, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa orang yang ada mencintai sesuatu lebih daripada kecintaannya kepada Allah dan Nabi Muhammad sebenarnya tidak beriman. Banyak orang yang bercakap, “Aku cintakan Nabi Muhammad’ tetapi tidak banyak pun sunnah-sunnah Rasulullah yang diamal, dipertahan dan disebarkannya.

     Satu cara mudah untuk kita menguji kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya ialah dengan mengimbas kembali waktu yang kita gunakan dalam sehari. Perkara apakah yang paling banyak kita bualkan dan kita fikirkan sepanjang hari itu? Banyak manakah masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang Allah dan Islam berbanding masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang kerja, berfikir dan berbual tentang kenderaan seperti kereta dan motosikal, berfikir dan berbual tentang hobi seperti memancing, perempuan dan bersukan, berbual dan berfikir tentang hiburan dan artis, berfikir dan berbual tentang tokoh-tokoh dari kalangan manusia dan sebagainya?

     Jika jumlah masa kita berfikir dan berbual tentang Allah dan Rasul-Nya melebihi masa yang digunakan untuk berfikir dan berbual tentang benda lain, maka itulah ‘cinta’ yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini. Kata orang, apabila seseorang itu mencintai sesuatu maka selalulah disebut-sebutnya benda itu. Begitulah juga dengan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

     Amat menghairankan orang-orang sekarang. Apabila kita memberitahu mereka bahawa “Aku hendak duduk bermanja-manja dengan Kekasih”, mereka tertawa sesama sendiri seolah-olah perkataan itu suatu bentuk jenaka. Mereka menganggap adalah melucukan apabila Tuhan disebut Kekasih, apatah lagi untuk duduk bermanja-manja dengan Tuhan. Namun bagi para sufi, perkara ini sudah menjadi budaya hidup mereka.

No comments:

Post a Comment