Tuesday, January 3, 2012

~ 15 Maksiat yang mengundang BALA ~

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

- apabila harta negara hanya beredar kepada orang2 tertentu

- apabila amanah dijadikan sumber keuntungan

- zakat djadikan hutang

- suami yang menuruti kehendak isteri

- anak derhaka kepada ibunya. sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya

- anak2 menjauhkan diri dari bapanya

- suara sudah ditinggikan di dalam masjid

- yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina

- seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

- khamar sudah diminum di merata2 tempat

- kain sutera banyak dipakai oleh lelaki

- para artis disanjung

- muzik banyak dimainkan

- generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

RESEPI penebus DOSA...

~ Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepasa Allah...

~ Jadikan taubat sebagai campurannya. Lalu masukkannya wadah redha atas semua ketentuan dan takdir Allah...

~ Campurkan dengan campuran qana'ah iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita...

~ Jadikan taubat sebagai campurannya...

~ Masukkan dalam kuali taqwa. Tuangkan ke dalamnya air rasa malu. Lalu didihkan dengan api cinta...

~ Kemudian masukkan dalam adunan syukur...

~ Serta keringkan dengan kipasan harap...

~ Lalu akhirnya minumlah dengan senduk pujian...

SEKADAR INGIN BERKONGSI RESEPI PENGUBAT HATI:)